SIBU: Pasukan penyelam Jabatan Bomba dan Penyelamat hari ini berjaya menemukan seorang lelaki dipercayai lemas setelah kereta yang dipandunya terjunam ke dalam Sungai Rajang di sini tengah malam tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Sentral Suna Kahar berkata mangsa dikenal pasti sebagai Andy Ting King Dieng, 43, ditemukan kira-kira 2.55 petang tadi dan pengecaman dilakukan oleh ahli keluarga mangsa.
Beliau berkata operasi selaman melibatkan lapan anggota bomba dan penyelamat bermula 8.57 pagi dengan kedalaman antara tiga hingga 11 meter sebelum lokasi kereta itu tenggelam berjaya dikesan.
"Kereta tersebut berjaya dinaikkan menggunakan kren pada 3.49 petang dan didapati mangsa masih berada di dalam kenderaan. Pada 4.04 petang, mangsa berjaya dikeluarkan dan disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.
Sementara itu, Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak Michael Tiang turut bergegas ke tempat kejadian dan menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa.
Katanya, mangsa adalah rakan seperjuangannya semasa bertugas sebagai ahli Majlis Perbandaran Sibu dan berharap keluarga mangsa tabah menghadapi dugaan tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 27 2022
Pasukan penyelam Jabatan Bomba dan Penyelamat hari ini berjaya menemukan seorang lelaki dipercayai lemas setelah kereta yang dipandunya terjunam ke dalam Sungai Rajang tengah malam tadi. - Gambar fail
AWANI Ringkas: Buang bayi - Sepasang kekasih ditahan di Kemaman
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Tonight: 20 May 2024
#AWANITonight with Hafiz Marzukhi
- Police investigating if attacks on national institutions random acts or coordinated plan - Home Minister
- Five days of mourning in Iran following the death of President Ebrahim Raisi
#AWANIenglish #AWANInews
- Police investigating if attacks on national institutions random acts or coordinated plan - Home Minister
- Five days of mourning in Iran following the death of President Ebrahim Raisi
#AWANIenglish #AWANInews
Bursa Malaysia cecah paras tertinggi dalam tempoh tiga tahun
Saham di Bursa Malaysia melepasi paras rintangan 1,620 mata pada Isnin susulan aliran masuk dana yang tinggi ke dalam negara, melonjakkan indeks utama ke paras tertingginya sejak Mac 2021.
Ketua pendakwa raya ICC mohon waran tangkap terhadap PM Israel
Permohonan itu antara lain turut melibatkan pemimpin tertinggi Israel seperti Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant.
AWANI 7:45 [20/05/2024] – Seorang lelaki bawa parang | Surat ugutan, dua peluru | Syarikat berdaya tahan
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Jasmine Abu Bakar
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Dua lelaki ceroboh Istana Negara, mengaku bersalah
- Ugut Teresa, polis selesai rakam keterangan dua saksi
- Dagangan Malaysia meningkat 12.1 peratus
- Jumlah syarikat Bumiputera digandakan di Bursa Malaysia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Dua lelaki ceroboh Istana Negara, mengaku bersalah
- Ugut Teresa, polis selesai rakam keterangan dua saksi
- Dagangan Malaysia meningkat 12.1 peratus
- Jumlah syarikat Bumiputera digandakan di Bursa Malaysia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
AWANI Tonight: Police investigating whether recent attacks are connected
Police are investigating several attacks targeting important national institutions to determine whether they were random acts or part of a coordinated plan, says Home Minister Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
AWANI Tonight: Five days’ mourning in Iran after President killed in helicopter crash
Iran has declared five days of public mourning for President Ebrahim Raisi after he and other officials died in a helicopter crash in a mountainous area in the north-west of the country.
Aaliyah terpilih ke Masters-64 di Amerika Syarikat hujung minggu ini
Aaliyah, 20, layak ke kejohanan berprestij itu hasil prestasi cemerlangnya sepanjang musim ini.
Boleh kritik kerajaan tetapi ada had dalam isu 3R - PM Anwar
Anwar berkata dalam melaksanakan kebebasan media, beliau tidak akan membenarkan tindakan yang boleh mencetuskan rusuhan atau membahayakan keselamatan awam.
AWANI Ringkas: Ugut Teresa Kok, polis rakam keterangan dua saksi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelancong Jerman lemas di Pulau Perhentian
Insiden berlaku ketika Dr Loosen- Freiling Iris, 74, mandi bersama suaminya di pulau peranginan itu pada kira-kira 3.30 petang Khamis.
Seorang lelaki selamat, seorang lagi hilang dalam tragedi memancing di Tasik Pedu
Mangsa dipercayai melakukan aktiviti memancing bersama rakannya sebelum terjatuh ke dalam tasik.
Percutian keluarga berakhir tragedi, tiga beranak lemas di Batang Kali
Kegembiraan sebuah keluarga bermandi-manda di hujung minggu berakhir tragedi apabila tiga beranak lemas dalam kejadian di Batang Kali.
Budak autistik ditemukan lemas jatuh Sungai Skudai
Mangsa ditemukan oleh anggota unit PPDA pada jarak 130 meter dari lokasi mangsa dilaporkan jatuh dengan kedalaman empat meter.
Lelaki lemas ketika bercuti di Air Terjun Sekayu
Mangsa dipercayai lemas selepas menyelamatkan rakannya yang terjatuh ke dalam air sewaktu mendaki laluan berbukit di tepi kawasan air terjun itu.
Lelaki ditemukan lemas di Pantai Tanjung Balau
Seorang lelaki ditemukan lemas selepas hilang ketika bermandi- manda di Pantai Tanjung Balau dekat Kota Tinggi hari ini.
Kanak-kanak lelaki warga Thailand ditemukan lemas di Sungai Golok
Bomba menerima panggilan kecemasan memaklumkan mangsa yang beralamat di Kampung Ibrahim Pencen, Rantau Panjang telah hilang di sungai itu.
Tragedi jala ikan: Mayat isteri ditemukan, anak bongsu masih hilang
PDRM mengesahkan mayat wanita yang terbabit dalam tragedi lima sekeluarga yang dihanyutkan arus deras ditemukan pada Isnin.
Polis kenal pasti identiti lima sekeluarga dihanyut arus deras ketika menjala
Yang masih hilang ialah ibunya yang dikenali sebagai Juliana, 38, dan adik perempuan bongsunya, Riska Amelia, empat tahun.
Bomba Kedah kenal pasti 10 lokasi panas kes lemas
Ia membabitkan tiga kawasan pantai dan tujuh kawasan sungai dan air terjun yang sering menjadi tumpuan ramai terutama pada musim perayaan.